REFLEKSI GKK1043-KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN
1.0 Pandangan atas IPGKDRI tercinta😍 |
Sekarang kita
beralih pula kepada Ujian SEGAK dan Bleep. Jadi Ujian SEGAK dan Bleep ini telah
dipimpin oleh pensyarah kesihatan kami yang tercinta iaitu Puan Siti Rahimah
Binti Mamat. Jadi dua ujian ini wajib dijalankan kepada para siswa dan siswi
yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) untuk
mendapatkan keputusan "Pra" dan "Post". Ujian-ujian ini
sepatutnya dijalankan dengan jayanya di IPG tetapi disebabkan arahan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diisytiharkan oleh Menteri Kanan
Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari 9 November hingga 6 Disember.
Oleh itu, hanya ujian "Pra" sahaja yang sempat kami jalankan.
![]() |
2.0 PKPB seluruh negeri Malaysia |
1. Ujian Amali SEGAK
Ujian yang pertama ialah ujian SEGAK. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal (SEGAK) adalah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk semua golongan pelajar peringkat rendah atau tinggi untuk menguji kecergasan dan kesihatan seseorang. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2005 dan dilaksanakan ke semua institut pengajian rendah atau tinggi pada tahun 2008. Antara ujian-ujian dalam SEGAK ini ialah Body Mass Index(BMI), naik turun bangku, jangkauan melunjur, tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Ujian SEGAK ini telah dilaksanakan oleh kelas SEJARAH 1 pada 14 September 2020 kecuali saya kerana masih dalam keadaan kurang berkemampuan untuk melakukan aktiviti tersebut. saya secara berkecuali telah melakukan beberapa ujian yang hanya mampu dilakukan oleh saya pada hari Ahad bertarikh 8 November 2020.
i) Ukur BMI
Mengukur BMI adalah penting untuk mengukur komposisi badan kita sama ada
badan kita sihat atau tidak. BMI saya yang terkini adalah 20.1 iaitu pada tahap
yang normal. Ini kerana mengamalkan pemakanan yang sihat dan saya selalu melakukan
aktiviti fizikal dan senaman. Pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang
sempurna adalah komponen penting untuk mendapat keputusan BMI yang baik. Bagi
saya, BMI saya sudah memadai dengan tahap kesihatan saya. Namun begitu, ia
bukan menjadi alasan untuk saya tidak bersenam pada lain harinya.
ii) Naik turun bangku
Ujian ini dilakukan selama 3 minit dengan tujuan untuk menguji daya
tahan kardiovaskular kita. Heyward (1991) menyatakan bahawa satu daripada
komponen terpenting bagi kecergasan fizikal adalah daya tahan kardiovaskular.
Saya tidak dapat menjalankan ujian yang melibatkan kaki kerana saya telah
terlibat dengan kemalangan yang membabitkan kaki saya. Namun begitu, saya masih
dapat melakukan aktiviti ini apabila saya sudah kembali sembuh. Pada waktu yang
terluang, saya akan meningkatkan semula ketahanan kardiovaskular saya. Aktiviti
ini telah mengambil masa yang lama untuk para pelajar selesaikan disebabkan
dengan bilangan bangku yang sedikit dan para pelajar yang seterusnya terpaksa
untuk menunggu sehingga yang pertama selesai melakukan ujian.
iii) Jangkauan melunjur
Aktiviti jangkauan melunjur adalah untuk menguji tahap kelenturan badan
kita. Johnson & Nelson (1986) mengatakan kelenturan adalah kebolehan
menggerakan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa
rintangan (strain). Dalam ujian ini, skor yang saya perolehi ialah 42. Skor ini
amat memuaskan hati saya kerana dengan tinggi saya sekitar 160-165 cm masih
lagi dapat melakukan kelenturan tahap ini. Namun begitu, saya masih memerlukan
latihan regangan yang secukupnya untuk meningkatkan lagi kelenturan tubuh saya.
Hal ini kerana kelenturan juga memainkan peranan penting untuk keseimbangan tubuh
kita.
iv) Tekan tubi
Ini merupakan aktiviti senaman yang paling saya minati sejak saya masih
lagi kecil. Ini kerana aktiviti ini dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan
otot kita. Semasa aktiviti ini, otot yang menerima impak adalah bahu, lengan
dan dada. Menurut Johnson & dan Nelson (1986), daya tahan otot ialah
keupayaan otot mengulangi pergerakan mengatasi halangan dalam satu jangka masa
yang panjang. Skor yang saya peroleh sewaktu ujian ini ialah 58. Keputusan ini
agak mengecewakan saya kerana sebelum ini saya pernah mencapai skor sebanyak 75
kali tekan tubi tetapi disebabkan oleh kemalangan yang saya alami, badan saya
berada dalam keadaan lemah dan tidak 'perform' terhadap kekuatan
otot. Namun begitu, saya tidak pernah putus asa untuk meningkatkan kekuatan
otot saya kerana pada waktu PKPB ini, saya selalu melakukan aktiviti tersebut
berulang kali untuk mengembalikan semula kekuatan otot saya yang sebelum ini.
Dengan adanya kemudahan gajet sekarang, saya boleh mencari latihan-latihan yang
melibatkan kekuatan otot.
v) Ringkuk tubi separa
Ujian terakhir dalam SEGAK ialah ringkuk tubi separa. Ringkuk tubi separa ini bertujuan untuk menguji daya tahan otot pada bahagian abdomen khususnya. Ujian ini juga selaras dengan ujian tekan tubi iaitu meningkatan ketahanan otot pada halangan. Dalam ujian ini, saya telah mendapat sebanyak 25 kali ringkuk iaitu sejajar dengan jam metronom yang mencatat 50 detik seminit. Bagi saya, itu merupakan keputusan skor yang memuaskan. Namun, disebabkan masa yang mengekang saya sewaktu di IPGKDRI, saya tidak mempunyai masa yang terluang untuk membuat latihan bagi aktiviti ini sebelum memasuki ujian penilaian kesihatan. Namun sewaktu PKPB dilaksanakan, saya mempunyai masa yang kondusif untuk melakukan ujian ini di rumah bagi meningkatkan ketahanan otot abdomen saya. Antara latihan yang boleh meningkatkan kekuatan abdomen saya ialah Knee In, Plank, Leg Raise dan paling popular iaitu Plank yang mana aktiviti-aktiviti sentiasa saya lakukan sebelum memasuki IPGKDRI dan sebelum kemalangan yang saya alami.
Aktiviti ringkuk tubi separa yang betul
2. Bleep Test
Ini adalah ujian yang memang menjadi minat saya iaitu ujian Bleep. Ujian
ini dilakukan dengan cara para pelajar berlari dari titik mula hingga titik
akhir yang berjarak 20 meter. Para pelajar akan berlari ulang alik dalam jarak
tersebut apabila bunyi 'Beep' kedengaran dan bunyi ini semakin cepat apabila
'level' lebih tinggi dicapai. Amat sedih bagi saya kerana tidak dapat menjalani
ujian ini disebabkan kaki saya yang patah dan pada waktu tersebut, kaki saya
masih tidak boleh berjalan dengan stabil. Namun saya amat bersyukur kerana kaki
saya makin sembuh dari hari ke hari dan saya boleh menjalani latihan untuk
meningkatkan stamina respiratori saya dengan berbasikal. Di rumah, saya
berbasikal setiap hari pada waktu petang demi meningkatkan stamina saya dengan
lebih cepat. Ini menjadi peluang untuk saya mengembalikan stamina saya yang
melemah sewaktu saya kemalangan.
HUBUNG KAIT PRINSIP FITT DENGAN UJIAN SEGAK DAN
BLEEP
Menurut
Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat : 73 (2008), ada menyatakan bahawa senaman
merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan
bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Seseorang pasti
mendambakan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Namun begitu, sesetengah
mereka mendapat masalah bagaimana untuk melakukan senaman ini dari peringkat
permulaan. Dengan merujuk kepada prinsip FITT iaitu Frequency, Intensity, Time
dan Type, prinsip ini telah membantu saya untuk mendapat penjadualan dan
pengurusan senaman yang kondusif bagi meningkatkan markas keputusan saya dalam
ujian SEGAK dan Bleep Test.
Berdasarkan pengurusan senaman saya berasaskan prinsip ini, saya dapat mengatur kekerapan yang diperlukan dalam senaman seperti 3-5 kali seminggu
mengikut senaman dan keperluan saya. Selain itu, saya dapat memilih jenis
senaman yang diperlukan oleh saya seperti berbasikal, berjoging, latihan daya
tahan dan kekuatan otot dan sebagainya. Saya juga dapat menentukan masa yang
diperlukan untuk melakukan senaman yang saya amalkan. Contohnya, saya
menetapkan waktu senaman antara 60-90 minit untuk mendapatkan keputusan senaman
yang optimum. Dan dengan prinsip ini juga, saya dapat menentukan senaman yang
boleh dilakukan mengikut tahap kecergasan saya. Ini amat penting untuk
mengelakkan kecederaan dalaman dan luaran sewaktu melakukan senaman. Untuk
memudahkan prinsip FITT ini difahami, piramid fizikal telah disediakan sebagai
panduan untuk memudahkan pengguna menguruskan aktiviti fizikal yang berkesan
dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, dengan ada prinsip FITT dibantu dengan
piramid fizikal bukan sahaja membantu saya dalam ujian amali SEGAK dan Bleep
Test, malahan ia telah membantu saya menguruskan aktiviti fizikal dalam
kehidupan seharian tanpa kita menjangkakan bahawa aktiviti fizikal yang
dilakukan seharian telah meningkatkan kecergasan dan kesihatan kita.
PENUTUP
Kesan daripada ujian amali SEGAK dan Bleep Test jelas menunjukkan bahawa ia
merupakan ujian yang bukan sahaja dijalankan sebagai ujian kesihatan, tetapi ia
boleh dijadikan rutin harian kita apabila terdapat masa yang terluang. Tidak
ketinggalan juga aktiviti senaman lain yang boleh diamalkan seperti pergi ke
gimnasium, berbasikal dan sebagainya. Saya berharap agar setiap rakyat Malaysia
termasuk diri saya sendiri akan terus kekal menjalani kehidupan bahagia dengan
bersenam setiap hari untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja bersifat
intelektual tetapi mementingkan kesihatan dan kecergasan diri supaya statistik
masyarakat Malaysia yang mengalami penyakit dapat dikurangkan dengan drastik.
ITU SAHAJA DARIPADA SAYA. ARIGATOU GOZAIMASU.
RUJUKAN
Ibrahim, F. (2014,
August 4). blogspot.com. Retrieved from definisi-kecergasan-fizikal:
http://fadzilibrahim.blogspot.com/2014/08/definisi-kecergasan-fizikal.html
ippbm.gov.my. (2012, February 27). Retrieved from faktabelia/04.Kesihatan.pdf: https://www.ippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/04.Kesihatan.pdf
Salimin, N. (2011, April 2). pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com. Retrieved from daya-tahan-kardiovaskular:
http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/daya-tahan-kardiovaskular.html